TIPS-TIPS PERGAULAN YANG CEMERLANG UNTUK DIPRAKTIKKAN
Tips yang mungkin bermanfaat untuk dikongsikan dalam amalan pergaulan supaya disenangi adalah :
a) Bersangka baik – elakkan bersangka buruk kerana ia menhjadi punca permusuhan
b) Murah dengan senyuman – tidak memerlukan modal dan dari aspek
kesihatan, kajian mendapati kita hanya menggunakan 17 otot muka sewaktu
senyum berbanding 43 otot sewaktu mengerutkan dahi (rahsia awet muda)
c) Lahirkan simpati dan empati – turut berdukacita dengan musibah yang
menimpa kawan-kawan dan cuba meletakkan diri di tempat mereka.
d) Sebarkan salam – tidak terbatas kepada orang yangdikenali sahja tetapi kepada semua
e) Pamerkan kasih sayang – saling membantu, mengambil berat dsb
f) Latih diri ingat nama kawan - insan lain akan merasa dihargai
g) Hormati pandangan pihak lain – sekalipun tidak bersetuju, cuba raikan atau bangkang dengan cara yang penuh berhikmah
h) Minta maaf dan sedia memaafkan – meminta maaf dan mengakui kesalahan
tidak akan menjadikan diri kita hina malah kita menjadi lebih mulia.
Bersedia memaafkan
orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan
kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (Al’Afuwwu) dan
Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya.
i) Tepati janji – salah satu tanda orang munafiq ; apabila berjanji tidak menepati
j) Doakan kebahagiaan sahabat dan doakan semoga persahabatan dipelihara
Allah – antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah Doa Rabitah (di
dalam Al-Ma’thurat). Ketika membaca doa tersebut, bayangkan wajah
insan-insan yang disayangi, mudah-mudahan Allah akan sentiasa
mempertautkan hati antara kita.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar